Friday 6 November 2009

SKETSA "WAHABI"



Apa itu yang diajarkannya
Sesuatu yang baru asing ditelinga
Berani sungguh dia berkata
Amalan kita lemah sandarannya

Apakah salahnya amalan kita
Berkurun lama warisan budaya
Hanya pujian kalimah mulia
Bukan serapah yang kabur maknanya

Wahai insan dia berbicara
Warisan budaya tiada salahnya
Kalimah mulia menambah pahala
Cuma satu yang pasti tak kena

Warisan budaya kalimah mulia
Pokok perbincangan bukan pastinya
Dianggap agama mencipta nasnya
Siapa tak amal terasa salahnya

Orang awam menjadi mangsa
Kalau tak buat terasa berdosa
Walhal bukan syariat nyata
Tercipta budaya dikatakan agama

Siapa betulkan dikata memandai
Dituduh pelbagai kuliahnya dirantai
Dicipta gesaan syaitan pun mengilai
Kekuatan ukhwah dilanda badai

Siapa betul siapa salah
Bukan pasti merungkai masalah
Buka kembali Quran dan Sunnah
Terkandung didalam kekal tak berubah

Allah mudahkan urusan berdakwah
Mencari kebenaran kini tak susah
Tanyalah diri bolehkah berubah
Sumber rujukan melimpah ruah

Wahai pendakwah engkau diamanahkan
Bukan untuk habuan keduniaan
Jangan takut katakan kebenaran
Akhir hayatmu pasti kejayaan.

No comments: