Monday 9 November 2009

HAJI


Seruan pertama dari nabi-Nya
Dipadang tandus dan kering laksana
Tiada manusia yang mendengarnya
Perintah Tuhan dilaksanakan juga

Hakikat pencipta maha mulia
Tiada menjadikan yang sia-sia
Seruan pertama kesannya dirasa
Jutaan hadirin mendatanginya rela

Ia kefarduan rukun yang lima
Diwajibkan Allah jika berupaya
Indahnya agama dari Si pencipta
Pertimbangan diberi untuk hambanya

Jangan bertangguh jika berupaya
Esok belum pasti menjelma
Pasanglah niat kukuhkan rencana
Langkah pertama perlu dijana

Tammatuk, Ifrad dan Qiran jenisnya
Pilihlah satu pelajarilah caranya
Jika ditanya mana yang utama
Semuanya diterima mudahnya agama

Tidaklah susah rukun ini
5 hari bagi nafar awal sudah memadai
Tambahlah sehari untuk nafar thani
6 hari kesemuanya sempurnalah haji

Bermalam di mina 8 Zulhijjah
9 Zulhijjah wukuf di arafah
Malamnya tidur dimudzalifah
Bersiap esok kemuncak ibadah

Melontar jamrah aqabah di 10 zulhijjah
Bertahalul awal kegembiraan terasa
Tawaf ifadah dan sai jadikan penyudah
Pantang larang kini terlerai semua

Rukun haji selesai sudah
Wajib haji masih berbaki
11, 12 dan 13 zulhijjah
Jemaah ke mina melontar lagi

Selesai melontar dihari terakhir
Lengkaplah ibadah penutup semua
Jemaah ceria senyuman terukir
Rukun yang ke-5 kini sempurna

Adat berkunjung datang dan pergi
17 hari terasa singkat sekali
Mahu rasanya ditambah lagi
Namun arahan telah diberi

Berat rasa meninggalkan mekah
Bertawaf wada terasa syahdu
Ku panjatkan doa kehadrat Allah
Agar dapat berkunjung selalu




No comments: