Saturday 12 December 2009

BERAT OH BERAT


Satu kerisauan bagi mereka
Berat meningkat selari usia
Puas berfikir juga berusaha
Nampak gaya serba tak kena

Dicuba pelbagai saranan pakar
Modal dilabur sebagai ikhtiar
Moden dan tradisional tidak dibiar
Ramping matlamat tak pernah pudar

Suatu hari dia ditanya
Bukan si pakar hanya orang biasa
Bilakah mulanya beratmu ketara
Jawapnya tak pasti tapi dah lama

Orang biasa mula berbicara
Jika masanya pun kau dah lupa
Ia petunjuk tempoh yang lama
Mari ku berikan engkau petua
Agar usahamu kembali kena
Tidak menyalahkan takdir yang esa

Penyebab berat mudah sahaja
Lemak berlebihan tidak dijana
Terkumpul dia sekian lama
Menjadi tepu mulalah ketara

Mulanya sedikit tidak kau endah
Juadah santapanmu tak pernah kalah
Lagak siraja ditatang juadah
Semua kau sapu tulang pun kau ratah

Terpendam lemak menjadi otot
Berketul-ketul meliut-liut
Kau mula risau fikiranmu kusut
Pakaianmu sempit terbiar melaut

Kembalilah engkau kepada realiti
Kawal makanmu penawar sejati
Lakukan senaman setiap hari
Nampak ketara kesannya nanti

Jangan mengharap kesan segera
Beratmu meningkat pun bukan tiba-tiba
Istiqamah melakukan kunci utama
Sunnah Allah sememangnya kena

No comments: