Sunday 27 December 2009

BUBUR MUNGKINKAN BASI


Ciptaan Allah cukup sempurna
Akal manusia dibekal bersama
Namun sesuatu sering ditanya
Mengapa bawaan kita berbeza

Sedang berdakwah dia dicerca
Seruannya jangan lupa Si pencipta
Supaya kebahagian sebenar dirasa
Tiada mengharap kecuali pahala

Ditolak dia kerana asing bawaanya
Tambahan pula tak ikut selera semasa
Kalau politik dan hiburan mereka suka
Walau terbukti dusta kata mereka takpa

Dunia politik memang ramai jaguhnya
Siapa menentang sesat dan kafirlah dia
Soal akidah mereka itu tidak berbeza
Taksub bendera dan ketua itulah punca

Penyokong politik lebih merbahaya
Sanggup mati pertahankan partinya
Walaupun kabur kemanakan dibawa
Yang penting ubah kerajaan segera

Cendiakawan pula kelam sinarnya
Berbangga dipentas yang kecil cuma
Lalu diteliti apa kandungan bicara
Isu remeh yang tak kena mengena

Lalu dirasa contoh ikutan terbaik
Para artis bukan ahli akademik
Bercelaru sungguh dunia dah terbalik
Bila agama disorok semua ini tak pelik

Disanjung penghibur laksana  permata
Modalnya tak susah hanya lunak suara
Belajar lingkup akhlak menjolok mata
Ikutan manusia sampah yang dimulia

Kasihan sungguh manusia hari ini
Idolanya si jahil jatidirinya dikembiri
Kiblatnya hiburan dan berita sensasi
Bermaksiat mengikut kehendak hati

Ayuh bangunlah wahai pengikut Nabi
Laksanakan amanah kurniaan Illahi
Basuh mindanya dengan panduan suci
Jika lewat takut bubur mungkinkan basi


No comments: