Tuesday 25 May 2010

KOTA COSTANTINE


Melangkah masuk kedalam sebuah istana raja yang termashur dan miliki empayar yang terbesar didunia ketika itu memang begitu teruja. Keadaan istana yang sungguh mewah dengan segala perhiasan dan taman yang indah serta dihiasa pemandangan semulajadi selat bosforus memang memukau sesiapa sahaja. Disinilah tinggal seorang raja atau kaisar kristian ortodok yang terlupa bahawa semua yang ada itu bukan miliknya melainkan hanya pinjaman semata. Risaunya akan keruntuhan kerajaannya bukan kepalang. Dibinanya sebuah tempok penghadang yang bukan sembarangan. Tingginya melepasi bangunan 3 tingkat dan tebalnya hampir sepanjang sebuah bas persiaran. Tujuannya bagi mengelakkan kerajaannya jatuh kepada pihak musuh yang semakin membina kekuatan. Puluhan ribuan rakyatnya dikerah untuk membina tembok penghadang itu dan ribuan juga menemui ajal dalam usaha menyiapkannya. Membenci rakyat kepada kerakusan raja bukan kepalang yang mana ini juga penyebab kepada kejatuhan setiap kerajaan pada setiap tamadun. Berkata angkuh siraja bahawa kerajaan dan kekayaannya tidak akan dapat digangu gugat oleh sesiapa Masakan ada sesiapa yang mampu menebusi tembok ini?. Mustahil fikir siraja.




Diseberang sana pula berkembang kerajaan Islam yang dipimpin oleh seorang anak muda. Tinggi pengetahuan agamanya dan begitu disayangi oleh rakyatnya. Dialah kalifah islam yang termuda namun dianugerahkan Allah kehebatan yang luar biasa. Begitu kuat azamnya dan jauh wawasannya. Dialah penakluk dan peruntuh temboh kebanggaan kaisar di costantinople. Yakinnya pada kata-kata Nabi SAW bahawa "kota costantine akan ditakluk, sebaik baik pemerintah adalah pemerintahnya dan sebaik-baik pejuang adalah pejuangnya" membawa kepada bercambahnya keimanan lalu membentuk kekuatan untuk membenarkan kata-kata seorang nabi. Sesungguhnya lidah Nabi saw tidak pernah mengatakan yang sia-sia apatah lagi untuk berdusta. Sesuatu yang dipandang mustahil namun jika benar telah disampaikan oleh nabi pasti akan berlaku. Kota yang kukuh dan megah ini dapat ditakluknya dengan izin Allah SWT. Dialah yang digelar sultan Muhammah al-Fatih.




Dewasa ini, terdapat sebahagian ibu bapa yang teralpa untuk mengutip tarbiah berharga daripada kisah-kisah manusia hebat yang telahpun diiktiraf oleh Allah swt. Tambah malang lagi jika mereka sendiri tidak mengenali tokoh-tokoh terbilang ini kerana kualiti yang ada dalam diri mereka sendiri yang amat rendah . Lalu yang lebih dikenali oleh mereka adalah para artis, ahli sukan dan yang seangkatan dengannya. Lalu dihafal irama muzik mereka, diambil tahu kehidupan seharian mereka, berapa banyak awards yang mereka terima, berapakah yuran perpindahan mereka dll. Kalaulah golongan ini penyumbang besar kepada tamadun dan pemikiran atau telahpun dijamin syurga oleh Allah tidaklah mengapa. Namun apa yang disumbangkan oleh mereka adalah hiburan murah yang tiada nilai disisi Allah swt. Lebih teruk dari itu kita sendiri rupanya menjadi penghancur kepada potensi besar yang Allah swt kurniakan kepada setiap dari  zuriat kita. Kalaulah begini kualiti kita sebagai  ibu bapa yang beragama islam maka amat jauh bagi kita untuk melahirkan zuraiat yang sehebat tokoh penakluk kota ini. Ya Allah peliharalah kami dari termasuk kedalam golongan ibu bapa yang lalai.





No comments: