Friday 6 August 2010

CERITA KITA VS CERITA MEREKA


MAIJ peruntuk RM3.42 juta kepada fakir miskin

06/08/2010 5:03pm

JOHOR BAHARU 6 Ogos - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) memperuntukkan RM3.42 juta kepada 40,594 keluarga fakir dan miskin di negeri ini sebagai bantuan hari raya Aidilfitri, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan kepada 6,474 penerima golongan Saudara Kita dan Orang Asli di negeri ini.
"Ketua Keluarga Fakir di bandar raya ini akan menerima RM430 manakala tanggungan menerima RM155. Ketua Keluarga Fakir di daerah lain pula menerima RM200 manakala tanggungan menerima RM100,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Zainal Abidin berkata, bagi keluarga miskin, ketua keluarga dan tanggungan di bandar raya ini menerima RM110 dan RM40 manakala di daerah lain, RM80 dan RM30.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata kadar zakat fitrah di negeri ini kekal seperti tahun lepas iaitu dipecahkan kepada dua harga, RM7.50 dan RM5 seorang bergantung kepada jenis atau gred beras yang dimakan umat Islam di negeri ini.
"Mereka yang makan beras super tempatan berharga RM2.30 sekilogram ke atas dikenakan bayaran RM7.50 manakala beras hancur berharga RM1.80 sekilogram dikenakan kadar RM5,” katanya. - Bernama



RM3420000 / 40594 KELUARGA MISKIN = RM84.25
Jumlah yang jika seorang pun tidak mencukupi apatah lagi bagi seisi keluarga.





Komuniti: Yayasan Hong Leong sumbang RM3.3 juta

06/08/2010 4:19pm

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Yayasan Hong Leong telah menyumbang RM3.3 juta kepada para pelajar, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi menyokong program pendidikan dan komunitinya.
Pengarahnya, Dr. Poh Soon Sim berkata, daripada jumlah itu, RM1.9 juta disalurkan sebagai biasiswa bagi 94 pelajar, RM1.0 juta kepada enam sekolah di seluruh negara dan lebih RM400,000 disumbangkan kepada sembilan NGO untuk membantu membiayai projek komuniti.
"Kumpulan itu komited sejak sekian lama terhadap dasar tanggung jawab sosial dan dermawan untuk pembangunan dan kemajuan komuniti yang berdekatan cawangan operasinya,” katanya di majlis penyampaian biasiswa dan cek yayasan itu di sini hari ini.
Poh berkata, salah satu program terbesar yayasan itu ialah geran biasiswa tahunan.
"Anugerah itu tidak perlu dibayar balik atau mengikat para penerimanya untuk bekerja dengan kumpulan itu selepas tamat pengajian.
"Kami mempercayai bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang cerah,” katanya. - Bernama

RM1900000 / 94 PELAJAR = RM20212
Jumlah yang munasabah bagi biasiswa seorang pelajar.

Kesimpulan: Apakah, kiraan orang yang belum Islam lebih bijak dari kita yang Islam.



No comments: