Wednesday 8 September 2010

JIHAD AKHLAK


Dakwa kita mereka itu penghuni neraka
Kita  pula mukmin yang dijanjikan Allah syurga
Namun ada satu soalan yang sering saya tertanya
Dalam banyak sudut mereka lebih muslim dari kita
Maka sudah tentu sekali ada silapnya
Untuk mengaku pasti tak ramai yang rela...

Lihat dari sudut urusan pentadbiran negara
Hinggalah urusan tandas dan sampah dirumah mereka
Bandingan diantara kita dengan mereka amat ketara
Kerena akidah semua amalan mereka kita kata musnah
Semua kebajikan mereka kita anggap sampah
Silap mereka pula kita jauhkan dakwah...


Jika benarpun kitab memaklumkan begitu
Istilah checkmate masih belum berlaku
Mereka masih hidup untuk hidayah bertamu
Akidah sikafir tak mustahil berubah 
Kita yang mukmin masih terus parah
Yang tinggal pula hanyalah akidah...

Lihatlah bersihnya bandar mereka
Sopan pemandunya mengendali jentera
Guru dan doktor menyapa ceria
Pegawai polis memangil kita Sir
Sistem kehidupan tak buang masa
Rumah tak perlu jerigi apatah lagi penggera...

Kebersihan penempatan keutamaan mereka
Najis anjing mereka dikutip dengan rela
Peniaga mereka menjadi pilihan utama
Freecycle dan charity shop sumbangan sikaya
Kerja amal tak terbilang banyaknya
Tanah terbiar subur menjelang summer...

Cerita rasuah amat pelik ditelinga
Salah guna kuasa diberkas serta dicela
Berita utama bukan pasal aib manusia
Permaisuri sanggup dipotong belanja
Setiap warga dijamin hak mereka
Semua rakyat terasa keadilannya...

Bangkitlah mukmin lakukan perubahan
Akidah sucimu perlu diperlengkapkan
Contohi mereka memang satu tuntutan
Jihad menerusi akhlak mudah diutarakan
Tawakkal dan doa minta diperkuatkan
Langkah pertama sudahkan kita mulakan?...

No comments: